حياتي كلها لله

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi (tidak suka) sesuatu, padahal ia adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu walhal ia adalah buruk bagi kamu, dan Allah swt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-al baqarah:216.

Ahad, 9 Mei 2010

4 tahun perjuanganku telah berlalu.....

Setelah beberapa minggu telah berlalu..........

Setelah berakhir dan siap projek ilmiah, final exam, hari ini ku dapat update blog ni.. sebenarnya xtau ape yang nk di ceritakan, tapi untuk mengupdate blog ni, ku cuba melayan perasaan yang macam2 ada didlm kepala ni....huhu, sedih, bimbang, takut, gerun, suka, gembira, dan mcm2 lagi ada di kepala ni... kenape??? kerana sedar tidak sedar tamatlah sudah pengajianku di fasa ketiga, berada di Universiti, (1st degree), i.Allah aku berhasrat untuk menyambung pengajian diperingkat sarjana, mudah2an dipermudahkan dan tercapai cita2ku ini... minta doa dari semua.. pejam celik-pejam celik, 4 tahun usiaku berada di Universiti Sains Islam Malaysia telah berakhir, yang disana ada pelbagai kenangan dan ibrah buat diri ini, disana ku bertemu dengan sahabat2 yg dtg dari pelbagai negeri, karenah mereka yang pelbagai, berjumpa dengan pensyarah2 yg dtg dr pelbagai negara dan negeri, mutiara2 ilmu yang bermacam2, suka duka menyiapkan assingment, mehnah dan tribulasi dalam perjuangan bersama sahabat dan sebagainya.... itu semua mematangkan diriku serta cabaran itu ku jadikan sebagai titik tolak untuk terus maju... pensyarah dan sahabat2 banyak mengingatkanku akan cabaran berada diluar sana khususnya berada dialam kerjaya, begitu juga ketika mana bersama masyarakat.. ku rasa diri ini banyak kekurangan dan tidak tau... tapi apekn daya hidup mesti di teruskan.... carilah ilmu selagi termampu... ya Allah kau tempatkanlah aku ditempat org2 yang memahami, tempat org2 yang sama fikrah, tempat org2 yang boleh membentuk diriku untuk menjadi lebih baik...ameen... ketika ini sahabat2 telah ramai pulang ke kampung masing2, hanya tinggal diriku bersama 2 orang sahabat untuk menanti tarikh speaking MUET, (masalah muet yang xhabis2)....huhu rindu dengan celoteh dan karenah sahabat2... tapi ini hanya perpisahan sementara, perpisahan yang hakiki bakal menemui kita pada bila2 masa...
اللهم اختملنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
i.Allah semoga perjuanganku di bumi USIM ini perjuangan yang tidak sia2, moga2 ianya dikira sebagai suatu amalan yang baik...amin ya Rabb....
ahsan zikrii...
10 mei 2010
isnin, 7.30am