حياتي كلها لله

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi (tidak suka) sesuatu, padahal ia adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu walhal ia adalah buruk bagi kamu, dan Allah swt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-al baqarah:216.

Khamis, 22 April 2010

Keinsafan...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat* Menyesali dosa yang telah dilakukan* Tidak tergila-gilakan dunia* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )* Tinggalkan sifat berbangga* Tinggalkan sifat khianat dan menipu* Meninggalkan sifat dengki."Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:1. aku sedang berhadapan dengan Allah,2. Syurga di sebelah kananku,3. Neraka di sebelah kiriku,4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.""Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
"Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada Sahabat-sahabat Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Salam Ukhwah

Untuk Renungan Bersama

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah. .. 1 minit untuk mengingati Allah
Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: *SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH *LA I LAHA ILLA'LLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU' LLAH *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Step 3: Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda. Result 1: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa. Result 2: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam. Result 3: Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmatkan kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan & berbakti aktif kepadanya dalam apa jua yang kita lakukan..

Rabu, 21 April 2010

Syukur ku panjatkan padaMU ya Rabb....



Dalam kekalutan untuk exam final, aku cuba menggagahkan diri untuk mengedit tesisku, dan aku nekad hari ini juga aku nk print dan jilid.. kalu cepat hantar cepat la dapat hasil.. "first come first surf" xsabar aku nk nengoknya.. huhu, setelah berpenat lelah untuk mengumpul bahan-bahan, bertemu supervisor dan yang paling rumit mengedit dan membetulkannya.. nasib baik ada kawan2 yang sentiasa menolong dan membantu.. tima kasih sahabat2 ku semua.. AlhamduliLLah setelah 2 hari aku berpenat ulang alik dari jati ke UIA (Nilai), hari ini aku dapat menyiapkannya dan jilid terus.. moga2 ianya di terima sebagai amalan yang baik.. syukur padaMu Ya Allah.... huhu, tapi aku takut dan nervous nk tengok hasil (kot2 ada khatha') moga2 semua ok dan di terima supervisorku (ustazah kauthar) buat ustazah, terima kasih atas jasa dan kesudian ustazah melayan kerenah kami dan atas tunjuk ajar yang diberikan..



Siru a'la barakatiLLAH...

Rabu, 14 April 2010

Cukup lah kematian sebagai peringatan....












salam semua....

Pada 10&11 April 2010, iaitu pada hari sabtu dan ahad yang lepas sy telah mengikuti satu program Anjuran Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS), yang mana pogram ini terbuka kepada semua student Qs yang pada awalnya wajib bg yang Tahun 4 (final year), walaubagaimanapun pelajar2 thn akhir ni kurang berminat untuk mengikuti pogram ni yang sy kira amat penting dan berharga bagi kita sebagai individu muslim... walaupun ianya fardhu kifayah. Di sini sy tidaklah berniat untuk mengomen bg mereka yang tidak pergi (terutamanya golongan ar-rijal) yang sepatutnya join program ni, tapi apekn daya mereka tidak rasa terbuka untuk pergi, boleh kira berapa jumlah student thn 4 lelaki yang pergi, most of participant from an-nisa' thn 4... (tahniah pd an-nisa'). Banyak benda yang kami dapat dari program ni, ilmu,pengalaman, cara bergaul dgn masyarakat dan semestinya nikmat ukhuwwah sesama peserta samada pelajar@ masyarakat setempat. Melalui program 2 hari ni kami bnyk diisi dengan thaqafah teori dan praktikal, kalau kita lihat pd hari ini muda mudi khususnya tidak tahu untuk solat jenazah,memandikan,mengafankan dan apatah lagi untuk menguruskan dari awal hingga akhir. Sy berpesan untuk diri sy dan juga para pembaca, apa salahnya jika kita sama2 menguruskan sendiri @ paling kurang tolong memangku jenazah ahli keluarga kita (bukan mintak doa) ketika memandikan, mengafan,solat dan mengusung ke tanah perkuburan, kerana ini adalah penghormatan atau perkhidmatan terakhir kita untuk mereka, suami boleh memandikan isteri, isteri boleh memandikan suami, anak-anak terhadap ibubapanya, kakak kpd adik dan semua yang haram kahwin dengan kita. Dalam program ni juga kami di ajar cara nk memandikan, mengafankan, solat, dan seterusnya di bawa ke tanah perkuburan secara praktikal (untuk lelaki shj) secara tatbiqiah.. mmg seronok sebab dapat belajar secara real walaupun modelnya di kalangan kami.. i.Allah moga2 dapat di praktik jika ada.................????.


"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
Kursus Pengurusan Fardhu Kifayah
Bertempat di Masjid kariah Sg.Pelek, Sepang, Selangor.
Anjuran JKKP FPQS & Biro Kebajikan Masjid Sg.Pelek.

























Sabtu, 3 April 2010

Kata-kata tokoh....

Imam Hasan Al-Banna, pengasas gerakan Islam Ikhwan Muslimin pernah berkata:

"Islam adalah sistem hidup yang syumul,mencakupi seluruh fenomena. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa ada bezanya".