حياتي كلها لله

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi (tidak suka) sesuatu, padahal ia adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu walhal ia adalah buruk bagi kamu, dan Allah swt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-al baqarah:216.

Rabu, 14 April 2010

Cukup lah kematian sebagai peringatan....












salam semua....

Pada 10&11 April 2010, iaitu pada hari sabtu dan ahad yang lepas sy telah mengikuti satu program Anjuran Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS), yang mana pogram ini terbuka kepada semua student Qs yang pada awalnya wajib bg yang Tahun 4 (final year), walaubagaimanapun pelajar2 thn akhir ni kurang berminat untuk mengikuti pogram ni yang sy kira amat penting dan berharga bagi kita sebagai individu muslim... walaupun ianya fardhu kifayah. Di sini sy tidaklah berniat untuk mengomen bg mereka yang tidak pergi (terutamanya golongan ar-rijal) yang sepatutnya join program ni, tapi apekn daya mereka tidak rasa terbuka untuk pergi, boleh kira berapa jumlah student thn 4 lelaki yang pergi, most of participant from an-nisa' thn 4... (tahniah pd an-nisa'). Banyak benda yang kami dapat dari program ni, ilmu,pengalaman, cara bergaul dgn masyarakat dan semestinya nikmat ukhuwwah sesama peserta samada pelajar@ masyarakat setempat. Melalui program 2 hari ni kami bnyk diisi dengan thaqafah teori dan praktikal, kalau kita lihat pd hari ini muda mudi khususnya tidak tahu untuk solat jenazah,memandikan,mengafankan dan apatah lagi untuk menguruskan dari awal hingga akhir. Sy berpesan untuk diri sy dan juga para pembaca, apa salahnya jika kita sama2 menguruskan sendiri @ paling kurang tolong memangku jenazah ahli keluarga kita (bukan mintak doa) ketika memandikan, mengafan,solat dan mengusung ke tanah perkuburan, kerana ini adalah penghormatan atau perkhidmatan terakhir kita untuk mereka, suami boleh memandikan isteri, isteri boleh memandikan suami, anak-anak terhadap ibubapanya, kakak kpd adik dan semua yang haram kahwin dengan kita. Dalam program ni juga kami di ajar cara nk memandikan, mengafankan, solat, dan seterusnya di bawa ke tanah perkuburan secara praktikal (untuk lelaki shj) secara tatbiqiah.. mmg seronok sebab dapat belajar secara real walaupun modelnya di kalangan kami.. i.Allah moga2 dapat di praktik jika ada.................????.


"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"
Kursus Pengurusan Fardhu Kifayah
Bertempat di Masjid kariah Sg.Pelek, Sepang, Selangor.
Anjuran JKKP FPQS & Biro Kebajikan Masjid Sg.Pelek.