حياتي كلها لله

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi (tidak suka) sesuatu, padahal ia adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu walhal ia adalah buruk bagi kamu, dan Allah swt mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
-al baqarah:216.

Isnin, 10 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

SELAMAT HARI IBU MA.....


FOR MY MUM,
TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN PENAT LELAH MENGASUH & MENDIDIK KAMI DARI KECIL HINGGA SAAT INI...  SESUNGGUHNYA JASAMU TAK TERBALAS, HANYA ALLAH swt SAHAJA YANG MAMPU MEMBALASNYA....

IKHLAS DARI ANAK2MU:
Kamarudin
Kamarulzaman
Mohd Rusman
Mohd Hafiz
Barokah
Ahmad Zuhdi
Mislihah
Siti Syahirah
Ahmad Fahmi

Ahad, 9 Mei 2010

4 tahun perjuanganku telah berlalu.....

Setelah beberapa minggu telah berlalu..........

Setelah berakhir dan siap projek ilmiah, final exam, hari ini ku dapat update blog ni.. sebenarnya xtau ape yang nk di ceritakan, tapi untuk mengupdate blog ni, ku cuba melayan perasaan yang macam2 ada didlm kepala ni....huhu, sedih, bimbang, takut, gerun, suka, gembira, dan mcm2 lagi ada di kepala ni... kenape??? kerana sedar tidak sedar tamatlah sudah pengajianku di fasa ketiga, berada di Universiti, (1st degree), i.Allah aku berhasrat untuk menyambung pengajian diperingkat sarjana, mudah2an dipermudahkan dan tercapai cita2ku ini... minta doa dari semua.. pejam celik-pejam celik, 4 tahun usiaku berada di Universiti Sains Islam Malaysia telah berakhir, yang disana ada pelbagai kenangan dan ibrah buat diri ini, disana ku bertemu dengan sahabat2 yg dtg dari pelbagai negeri, karenah mereka yang pelbagai, berjumpa dengan pensyarah2 yg dtg dr pelbagai negara dan negeri, mutiara2 ilmu yang bermacam2, suka duka menyiapkan assingment, mehnah dan tribulasi dalam perjuangan bersama sahabat dan sebagainya.... itu semua mematangkan diriku serta cabaran itu ku jadikan sebagai titik tolak untuk terus maju... pensyarah dan sahabat2 banyak mengingatkanku akan cabaran berada diluar sana khususnya berada dialam kerjaya, begitu juga ketika mana bersama masyarakat.. ku rasa diri ini banyak kekurangan dan tidak tau... tapi apekn daya hidup mesti di teruskan.... carilah ilmu selagi termampu... ya Allah kau tempatkanlah aku ditempat org2 yang memahami, tempat org2 yang sama fikrah, tempat org2 yang boleh membentuk diriku untuk menjadi lebih baik...ameen... ketika ini sahabat2 telah ramai pulang ke kampung masing2, hanya tinggal diriku bersama 2 orang sahabat untuk menanti tarikh speaking MUET, (masalah muet yang xhabis2)....huhu rindu dengan celoteh dan karenah sahabat2... tapi ini hanya perpisahan sementara, perpisahan yang hakiki bakal menemui kita pada bila2 masa...
اللهم اختملنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة
i.Allah semoga perjuanganku di bumi USIM ini perjuangan yang tidak sia2, moga2 ianya dikira sebagai suatu amalan yang baik...amin ya Rabb....
ahsan zikrii...
10 mei 2010
isnin, 7.30am

Khamis, 22 April 2010

Keinsafan...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama HatimAl-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat* Menyesali dosa yang telah dilakukan* Tidak tergila-gilakan dunia* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )* Tinggalkan sifat berbangga* Tinggalkan sifat khianat dan menipu* Meninggalkan sifat dengki."Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:1. aku sedang berhadapan dengan Allah,2. Syurga di sebelah kananku,3. Neraka di sebelah kiriku,4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.""Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
"Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada Sahabat-sahabat Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Salam Ukhwah

Untuk Renungan Bersama

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya . Berfikir lagi... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah. .. 1 minit untuk mengingati Allah
Step 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: *SUBHANA'LLAH *ALHAMDULI'LLAH *LA I LAHA ILLA'LLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRU' LLAH *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN
Step 2: Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan
Step 3: Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda. Result 1: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa. Result 2: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam. Result 3: Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat INSHA'A'LLAH Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di nikmatkan kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan & berbakti aktif kepadanya dalam apa jua yang kita lakukan..